Wednesday, May 30, 2012

the moment

 Assalamualaikum


sebenarnya tak tahu nak buat apa . cuti 2 minggu tak dapat diisikan dengan baik . rasa letih dan bosan yang panjang dan memanjang . ayat bermain main di legar fikiran . tak tahu apa nak buat . buka blog cari idea dan cuba luahkan .

tadi buka blog anis syafira terus dapat idea nak update perkara yang dedulu aku masih ingat hingga sekarang .

bermula pada tahun tahun lalu aah dah masuk 5 tahun aku rasa . aku masih ingat muka dia dalam samar samar pemikiran aku .senyuman dia mata dia dan rambut dia tercacak kehitaman hehe masih ingat kenangan tu . dan masih ingat dia lelaki pertama buat aku sangkut . cerita bermula masa kem dia datang dekat aku . jantung aku dah keruan macam ikan keruan muka aku merah macam buah tomato dia datang dan suapkan aku biskut . aku terkejut lalu makan . dan dia senyum . dan aku ? terpana di situ haha . nama dia ehem filalala haha .

ini cerita tahun lalu . aku dengan lorna sibuk nak pergi pasir mas . sibuk nak balik kampung . singgah di kbmall cari barang barang dapur dan cari pakaian untuk ma dan abah . jumpa danny dengan mierin dan azim rasanya . aku berlagak tinggi pakai wedges ahaha entah macam mana masa nak balik aku terpijak gula gula getah . aku tak dapat berjalan dengan baik lalu jatuh terduduk di tengah tengah kbmall. orang pandang menandang aku malu dan punggung aku sakit :0 haha . tapi yang seronok danny datang menghulurkan bantuan , haha buat aku jatuh cinta dia memang hensem hehe.

ini cerita tahun ini . semua orang tahu aku pendek orang nya dan gila orangnya . masa tu dekat sekolah ada sekumpulan junior form 2 . aku tegur seorang budak dan satu geng datang . aku tak ingat tapi yang aku tahu dia berbaju pengakap dan tinggi tiba tiba aku terlanggar dia dan muka aku terjatuh di dada dia . ini kali pertama aku terpeluk lelaki . aku sedar terus aku lari . aku malu . dan panas muka rasa . sampai sekarang aku tak tahu siapa . aaah aku benci .

dan yang pelik cerita di a&w . seperti biasa lepas kerja di butik lorna aku akan pergi ke port biasa iaitu a&w . aku makan aku minum dengan rakus dan aku tak tahu la macam mana aku terlihat seorang lelaki dan dia . hmm tak nak cerita ah . hahaha k aku nak solat assaalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment