Saturday, December 3, 2011

December.

Assalamualaikum

Hai malam ni malam paling membosankan dan amatlah menyedihkan . entah kenapa tiba tiba tangan naik gataiy naik rajin pula nak ketok ketok abjad laptop ni . Cuti cuti macam ni malam malam asyik syok sediri online facebook . intai twitter . entah kenapa benda ni tak pernah buat aku muntah . walaupun hari hari asyik perkara sama ja kat newsfeed . maksud aku manusia post gambar , status , video and so on . hmm mungkin kehidupan facebook macam kehidupan bernyawa seperti manusia selalu dan selalu mengulangi benda yang sama .

December bulan di mana aku muncul di muka bumi . hmm . harap harap lah December kali ini bermain manja dengan aku . aku tak mahu December spoil kan hidup aku . Terutamanya result PMR . oh shait .

Celik , makan , belajar , mandi , facebooking . sampai dah nak cukup 365 hari hidup aku sebagai manusia . entah berapa banyak pahala aku kumpul ? entah berapa banyak dosa aku ambil ? entah berapa orang aku dah sakitkan hati mereka . entah berapa kali aku disakitkan ? entah berapa liter aku menangis ? entah berapa kali aku mengukirkan senyum ? .. semuanya tak ada jawapan . minda aku kusut memikirkan masa lalu . 2011 tahun yang agaklah tidak menarik untuk dikenang . tahun yang tidak menarik untuk difikirkan . tahun yang tidak banyak moment moment istimewa . mungkin menarik untuk dijadikan penyesalan ? dan mungkin menarik untuk aku jauh berfikir jauh lebih matang tentang kehidupan dan sekeliling .

2012 sudah cukup aku digelar remaja . walaupun ketinggian ini taraf kanak-kanak . walau muka ini taraf orang biasa . walau fikiran ini taraf orang kurang siuman sedikit . tapi cukup bagi aku untuk mengenal dunia tahun hadapan mungkin untuk biologi untuk addmath untuk fizik dan untuk sesuatu yang baru di hati aku cuba. mungkin YA dan mungkin TIDAK . ahahaha . omongan kosong .



i hope this will be a december to remember

No comments:

Post a Comment